Sunday 27 March 2011

Kenapa perlu melenting?



Assalamualaikum bloggers!


Da lama sangat rasanya aku tak update blog ni. Sunyi sepi je. Bukan apa, no idea nk membebel apa. Kadang-kadang bila datang blur, memang akan jadi masalah blur yang melampau-lampau. hihihi.

K la. Malam ni nak bagi tazkirah sket. Cewaahhh. Korang-korang pernah perasan tak ada dikalangan kawan-kawan korang tak kiralah kawan rapat, jauh, kawan dalam fesbuk or bukan kawan korang pun. Kadang aku perasan ada sesetengah tu langsung tak boleh nak terima sebarang kritikan. Nak kita puji dia manjang je. Bukan apa, kadang2 kritikan yang kita terima sebenarnya betul, tapi kita tak boleh terima hakikat or cuba lari dari hakikat sebenar. Kita rasa apa yang kita buat tu semuanya da betul.

Aku bukan la layak nak menegur, tapi tu lah. I am not saying that I am perfect. I admit, kadang-kadang kita susah sangat nak terima kritikan yang negatif. But sometimes aku rasa annoying sangat bila orang bagi komen ikhlas, tak pasal-pasal kita terus mengamuk, melenting. Kan tak elok gitu? 

Kesimpulannya, even kritikan tu membuatkan korang rasa tak puas hati, apa kata before korang tido, fikir-fikirkan lah kenapa orang lain boleh cakap sesuatu yang negatif tentang kita. Sometimes, kita sebenarnya tak perasan kesalahan kita sendiri tapi orang lain nampak. So tak salah kan kalau orang lain tegur. Anggap je semua tu cabaran and motivasi untuk kita terus memperbaiki diri kita sendiri. 

Renung-renungkan dan selamat beramal :) peacee!!!!!

Friday 18 March 2011

bila si chibi berangan nak kawen. weee~~

Assalamualaikum blogger semua!

Semalam, aku ikut kawan aku Ecah (bukan nama sebenar) pegi rumah member dia kawen. Disebabkan siangnya kelas penuh sampai ke petang, kitorang pegi kenduri tu malam la. Sampai je kat sana, da takda sapa da. Smua orang da balik. Kerusi meja pun da kemas. Ada lah tinggal 2 3 kerat je yang belum kemas lagi. Adehhh. Beta sungguh segan. Tapi takpe, makan free pnya pasal, kita redah je! heheh.

Lepas je makan, si pengantin ni, Sue *sama plak nama ngn aku* ajaklah posing2 kat pelamin dia. Mula-mula tu seganlah jugak, tapi disebabkan si pengantin ni beriye ajak, kitorang pun terus jadi orang yang tak tau malu langsung. hihi. Dari ke pelamin, ke bilik tidur pengantin, baju and kasut pengantin skali kitorang bedal. *bukan kitorang sbnrnya. Aku je* hahaha. Waaa! Hati rasa berbunga-bunga je masa try suma tu. Dalam kepala ni, dok berangan-angan, "kalaulah aku yang kawen arini". Hahaha. Gatal gila kot. Tapi takpa. Bila lg nk try kan. Tak dapat kawen, dpt try pun jadilah :p

Si pengantin *yg free hair tu* plak jd pengapit. ngee~

Berangan nyah!

Fesyen baru ni. kiki. x)

Berangan lagi dan lagi x)

Kitorang rasmi dulu. ngee.
sampai sini je! next time aku bebel lagi. tata titi tutu ;)


Sabah Trip - Part 4

Assalamualaikummmm cemua! :)


Adehhh. Da berapa hari tak membebel kt cni. Maklumlah org yg busy body memang camni kan. hehehe. Sementara ada masa ni, aku amek peluang untuk sambung crita trip ke sabah untuk part 4. waaa! da part 4 gitu. Pada korang2 yang tak baca lagi part 1, part 2 and part 3 sila lah merajinkan diri korang untuk baca jugak2 entry tu. *paksa!* hehehe.

Ok, disebabkan hari yang ke empat kitorang semua da berduka cita dengan kejadian yang menyedihkan (korang tau apa kan? haaa! tak tau? Tu lah org suruh baca part-part sebelum ni. Barulah tau cerita. Ngeehh* kitorang terpaksa buang masa sparuh hari uruskan kes tu kat balai polis. Buat report la, pastu tunggu polis mai bilik amek2 gambar la. *malu i tau! bilik bsepah* pastu kene tunggu plak untuk rakamkan keterangan pada sebelah malam. Leceh tau. So, korang-korang yang nak travel pasni janganlah jadi cam kitorang. Korang kene extra careful. Lepas berurusan dengan pihak polis, kitorang kene kemas balik smua barang and pindah bilik yang lagi atas. hehehe. Takut nanti kejadian yang sama berulang balik *sejarah mungkin berulangggg - nyanyi ala2 tomok versi sengau* hahaha.

Bila semua da setel, walaupun dalam kesedihan yang teramat sangat *sob sob*, jalan tetap jalan babe. hehehe. Kitorang pegi melawat Monsopiad Cultural Village. Ok, bayaran masuk cultural village ni RM40 seorang. Tapi disebabkan kitorang ni student, dapatlah sorang RM20. Jangan jeles! heheh. Kat Monsopiad Cultural Village ni, ada macam2 benda korang boleh tengok. Actually menurut kata pekerja kat sana, Monsopiad ni merupakan pahlawan. Tak ingat plak pahlawan suku kaum apa. Kat sana nanti mereka akan ceritakan sejarah Monsopiad ni.

Selain tu, korang boleh tengok cultural perfomance and merasai sendiri permainan tradisi kaum kt sabah ni. Nak try sumpit? haaaa, korang boleh try kat sini. Pastu kat sini jugak ada house of skulls. Kat rumah ni dorang letak tengkorak kepala manusia. Ni betul2 bukan cobaan. hehe. Aduuuhh. kalau nak crita smua benda, sampai bsok pn tak habis. Kita layan gambar dulu la k :D

Monsopiad Cultural Village ;)


House of Skulls
Alat ni kalau tak silap digunakan oleh orang dulu-dulu untuk mengasingkan beras dari sekamnya. err. sekam ke? ke panggil kulit? bedal laa. janji korang paham. hihi


Ni time cultural show. Cuba try test sumpit. hihi 

tatau la main apa namanya ni. tapi yang guna buluh tu. korang msti familiar ngn menda ni :D

posing & posing lg. :)

Orang yang hebat je bole main ni. Susah!

Jambatan gantung yang ada di Monsopiad

sume dok tayang rantai free! hehe.

Abes je bjalan kat Monsopiad ni, kitorang pn pegi dinner and jalan2 kt 1 Borneo. The largest shopping complex kt KK ni kalau tak silap. Besoknya, kitorang abeskan masa dengan shopping!! Petang trus fly pegi Tawau plak. Cite kt twu kita smbg nxt part la k. Penat!!


Saturday 12 March 2011

Sabah Trip - Part 3


Assalamualaikum semua :)

Arini ari yang paling malas nk membebel kt blog ni. Rasa macam nak buat kuak lentang kat atas katil je. hehehe. Tapi at the same time terasa macam nak sambung pulak cerita pasal trip ke Sabah yang tak habis-habis lagi sampai sekarang. Sebelum ni da cerita pasal accommodation di sini dan cerita pasal pulau di sini. So beta nak sambung story pasal Kinabalu Park, Poring Hot Spring & Sabah Tea Garden. Sedikit info untuk ke sana:


  • Mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sana dari Kota Kinabalu
  • Kalau sewa kereta anda memerlukan driver yang mahir kerana jalan ke sana agak bahaya. Jatuh gaung sapa susah? hehe
  • Kinabalu Park terletak di Kundasang, Poring Hot Spring & Sabah Tea Garden terletak di Ranau.
  • Sepanjang perjalanan ke sana, pemandangan tersangatlah cantik. So, incik driver jangan sampai terleka sudahlah. Kang tak pasal-pasal kuar paper front page plak. kn? mintak dijauhkan :)
  • Jarak antara tempat-tempat ni takda lah jauh sangat. Tapi kalau taknak kelam kabut & takut tak ckup masa, kene lah bertolak awal ye ibuk ibuk bapak bapak ;p



Malas nak membebel banyak-banyak. So korang layankan jelah gambar-gambar kat bawah ni k!


TADAAA! Ni lah tour guide tak bertauliah kitorg :)

On the way ke Kinabalu Park. Singgah jap posing2

Ini pun :) Nampak camera yang ditunjukkan oleh anak panah kaler merah tu? Ada story psl camera tu nanti!

Sudah sampai. Masa untuk mendaki. *tipu* Entrance fee kt Kinabalu Park ni kalau tak silap RM3 je.

       
               Time ni kurang bernasib baik sbb xdpt tengok puncak Gunung Kinabalu. Sedih! :( takpelah. Kita posing dlu!


Masa turun dari Kinabalu Park, tibe2 nampak puncak. Waahhh!  hepy balik :)


                                                    
                                                                 Meh kita zoom sket. Cantik kn?

                   
                         Poring Hot Spring. Ta sempat nk amek gambar hot spring sbb smua da kepenatan

Sabah Tea Garden. Da tutup time ni. Pukul 5 petang. So, we all jalan2 skejap je amek2 gambar :)

Ni we all masuk tanpa kebenaran. Sapa suruh tak tutup kn. hehe.

Ni lah viva yang we all sewa. RM90 sehari :)

Da petang. Time ni on the way balik KK. Gmbr ni amek kt Pekan Nabalu. Kat sini pun bole tgok puncak gunung. Besides, kat Pekan Nabalu ni jugak, korg boleh beli mcm2 jenis sayur & buah-buahan segar tau.


Time ni nmpk kabus tebal sngat. Jakun lah skjp kn. Kami pn berkata pada pemandu "STOOOPPP!". Nak posing dlu. hehehhe.

Oklah. Agak2 dalam pukul 8pm kitorang sampai kat KK. Sampai sana Kami terus pegi dinner before balik lodge. Nak dijadikan cerita, smua balik terus pengsan sebab penat sangat. Subuh dalam pukul 5am gitu, tiba2 seorang member, fifi (bukan nama sebenar) kejut aku. Dialog seperti di bawah:

Fifi: Kak Sue, kita kena rompak! (ngan muka blur2nya)

Aku: Ish. Fie mimpi ni. (aku lyn gitu2 je. ngantuk lahh!! aku bajet dia ngigau. hehe)

Fifi: Betul la kak.

Ieka: Eh, duit aku takde lah. (tiba2 nyampuk)

Aku: Eh, biar betul ni? (terus terduduk atas katil. Cam kena kejutan elektrik)

Check punya check, rupa2nya betul ada pencuri masuk dalam bilik kitorang. Huwaaaa! banyak gila barang hilang. Duit, camera (yang ada dlm gmbr kt atas2 tu), & hp. Kerugian dianggarkan lbih pada RM2K. Pelik jugak, macam mana pencuri boleh masuk. Rupa2nya, malam tu seorang member bukak tingkap. Konon2 nk bagi angin masuk. Pastu terus telupa nak tutup balik before tido. Aku plak malam tu balik agak lewat dari member2 yang lain sebab antar si comel Maysarah balik rumah dulu. So, aku tak perasan plak tingkap bukak. Sebab selalunya aku ingatkan dorang suruh tutup tingkap. Adehhhh. Hilang mood nk holiday tau. 

Si comel Maysarah yang aku hantar blk rumah. Dia nk ikut pegi dinner jugak. hehehe.

Bilik kitorang terletak kat tingkat 2 bangunan ni.

Tapak kaki c pencuri. Senang je kan dia naik atas. Spenderman kot. haha.

P/S: Moral of the story: Hati-hatilah selalu. Anda mampu mengubahnya. hehe. Lagi satu, before travel ke mana-mana, sila beli travel insurance. Bukan mahal pun. At least bila ada insurance ni, kita bole claim balik barang-barang yang hilang tu.

Oppss! Terbebel banyak plak. Tadi kata tanak bebel banyak2. hihihihi. Nasib la. Nama pun TERRRRRR. Tak sengaja okay! ;p

Friday 11 March 2011

Tunjuk ajarku sifu!

Ehemmm. Assalamualaikummm!





Untuk mengenang jasa seorang rakan yang boleh lah aku gelarkan sebagai sifu yang banyak memberi tunjuk ajar untuk menceburkan diri dalam dunia blogging yang semakin hari aku rasakan semakin best, aku tulis khas entry ni untuk kau wahai !Cikcleo! *kau suka tak? mestilah suka kan? kau kembang tak? mestilah kembang kan? haha.*

Oleh kerana aku telah ditugaskan untuk membuat personal blog, maka seharian aku ngadap laptop konon-konon nak try buat blog tanpa bantuan sesiapa. "Alaaaaa... senang je ni. Kacang goreng" kata aku la. Last-last aku give up!! Makkkkkk!! susahhh! Hambek! Tolong saya bantu saya bla bla bla. Hehehe. Rasa macam nak pitam+muntah *uwweeeekkkkk* ngadap laptop seharian tapi tak jadi-jadi. Haaaa. Time ni lah aku panggil cikcleo merangkap jiran tetangga sebelah bilik aku untuk tolong mana yang patut. 

Datang je dia, semudah ABC je dia buat blog aku ni. Dari blog yang takda rupa langsung da jd cantik cani *cantik ke?* Cantiklah! Kalau korang rasa tak cantik, gi main jauh2. hehehe. Nak dibandingkan hasil yang aku buat setelah aku kerjakan sehari suntuk dengan rupa blog aku yang da dimekap-mekap da dibedah-bedah oleh Cikcleo memang jauh panggang dari api. Yang skarang lagi cantik, yang dulu tu buruk bebeno rupanya. Macehhh Cikcleo. Jasamu dikenang. Nanti aku bagi Coolblog ok! 

Pada sapa-sapa yang rasa-rasa nk bekenalan ke, nk mengorat, merisik2 cikcleo ni, silalah ke blog dia di sini. Hehe.


Thursday 10 March 2011

10 March! 10 March! 10 March

Assalamualaikum cemua :)


10th March!


 When it comes to lovin' couples,
don't we make the perfect pair-
There's romance, love, and laughter
in the friendship that we share.
We care enough to listen,
to trust and understand.
To build a life together,
side by side and hand in hand.
We both know that we're lucky
and we've got a good thing going.
Through ups and downs
and give and take,
our love just keeps on growing...
'Cause I bring out the best in you,
and you the best in me-
I guess it takes the two of us
to make the perfect "we."


- Author Unknown -

 I Love u I love u I love u I love u I Love u Dear.
Happy 3rd Anniversary :)



Wednesday 9 March 2011

Sabah Trip - Part 2

Assalamualaikum smua :)

Dikala malam bulan mengambang (mengambang ke?), aku dengan mamai2nya baru bangun tdo trus ngadap laptop. Menggagahkan diri yg xberapa nk gagah utk membebel kt blog ni. Disebabkan sebelum ni da ada entry Sabah Trip part 1, skrg aku akan smbung utk part 2 plak. Second day kt KK, kitorg rancang nk pegi pulau. Org kata, kalau dtg KK wajib pegi pulau yg ade kt sana. Pulau2 ni dikenali sebagai Tunku Abdul Rahman Park. Actually it consist of 5 islands located about 3 to 8 km dari KK. Ni Encik Google la ckp. Pulau-pulau tu termasuklah Manukan, Sapi, Gaya, Mamutik dan Sulug. So, we all decide nk pegi 2 pulau je iaitu Manukan and Sapi Island.

Pagi-pagi lg kitorg da kua dari lodge, around 7 am gitu lah. Jln kaki je ke Jesselton Point Ferry Terminal (klu naik teksi, it will cost u around RM10 tau. Mahal). Actually malam b4 that kan we all ade sembang2 ngn sorg pakcik ni mcm yg ak mention dlm part 1 tu. We all da tnya macam mana nk pegi Jesselton Point klu dari lodge tmpt we all stay. Atas bantuan pakcik yg tidak diketahui nama dan asal usulnya tu serta bantuan dari Encik Google dan Kak Anna (akak ni duduk kt KK, so dy byklah bg info b4 kami dtg kt cni. Thank you! Jasamu dikenang :) Hee. Dptlah kitorg kumpul info sebanyak mungkin. So, sng la kitorg nk smpai ke Jesselton Point tu.

Smpi di sana, byk la org dok jual pakej. Sume dok panggil kitorg suh beli pakej kt dorg2 tu. haiyaakk!! smpai pening xtau nk pilih yg mn 1. haha. Lastly kitorg beli kt sorg brader ni sbb dy offer student price. Tunjuk je student card, dpt la murah sket. So, sapa2 yg da keje tu xya brangan lah nk dpt student price ni. hehe. Disebabkan kitorang nk pegi Manukan and Sapi Island, sorg kene byr around RM50 lbih je (inclusive return boat transfer and snorkeling equipments) Makan sendiri2 ye. Ade lg nk kne byr. Xigt byran ape. Tp xde la mahal sgt. RM3 je kot. Kalau nk pakej yg lengkap ade jgk org jual. Contohnya macam travel agent. Normally pakej lengkap da include skali lunch and hotel transfer. Tp kene la byr lebih sket. 

Kenapa kitorg pilih nk pegi dua pulau ni? Hehe. Menurut kata org2 kt KK ni, dua pulau ni antara yg paling femes la. Manukan popular ngn ikan-ikan yg sangat banyak & sangat comel! hehe. Sapi plak ada coral yg cantik2. So bestla klu nk snorkeling. Ok la. Membebel byk2 pn korg boring kn? Layannnnn gmb2 kt bwh ni.

     
naik boat ke Manukan Island. Amek masa dlm10-20min















Baru sampai di jeti Manukan. Haaa. jakun lah sekejap kn. Sbb view kt cni lawa sgt.
Entrance kt Manukan Island. Kt cni kene byr RM3. Klu xsilap utk conservation fee.
Puteri2 sedang berendam. Tgu masa nk burn. haha
Bsedia utk snorkeling :)
Fishy fishy. come to mama :D
manyakk!!
Sapi Island
Cantik kn?
pgil ape ni eh? lupe. ade byk kt sapi island ni. besaq punya! hehe.
;)
Bersambung...... ;p

Monday 7 March 2011

Sabah Trip - Part 1

 Assalamualaikum smua :)

I'm back!! hehehe. Bila bukak blog ni, rasa mcm kosong, xde mende. borink kan? So, nk membanyakkan entry tepaksalah merepek merapu mcm2. Untuk entry kali ni, aku nk cite pasal trip ke sabah. Actually crita ni da bole kire basi la. Tahun lepas pnya story. Hehe! Tak kesah la. Manatau korang2 nk bcuti kt sabah nanti, bole la dpt tips sket2 dari entry ni :)

Critanya bermula begini, pada suatu hari...... hehehehe! Trip ni da rancang 3bln awal tau. Maklumlah, klu rancang awal, bole la book flight ticket awal sket. So, bole dpt murah. Kalau lambat2 biasanya mahal tau. Tp tgok jgk la, kadang2 airasia ni ade last minute promotion. Trip ke Sabah ni mengambil masa slama seminggu. Lama kn? Tu pn xpuas jalan lg. Mcm xcukup masa. 8 org gadis ayu and cun macam model bertolak ke sana dlm pukul 1250 pm. Haaaa. smpi lebih kurang pukul bape tah. Flight ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam 30 min. So korang kire la sndiri agk2 kitorg smpi kul bp. hehe.

LCCT :)






Sampai je kt sna, kitorg amek 2 buah teksi untuk ke bandar KK ni. Satu teksi dlm RM30 lbh kurang. xbrapa nk igt plak. Kt KK, kitorg stay kt lodge je. Biasalah, budget traveller. Lodge tempat kitorg menginap tu btol2 kt area Filipino market. Normally stay kt lodge ni 1 night dlm rm25 seorang. Bilik pon agak besar, so xdelah nk bhimpit2 kan. Klu nk sgt dok hotel mewah2, bole je. Pastu sumbat la rmi2 dlm 1bilik. Bia mcm dlm tin sardin. Nk jimat punya pasal kn? hehehe. Lodge kt KK ni ade byk and ade lg murah tau. Tp kene rajin search kt internet la. So, rajin2kanlah diri anda. :D Stay kt lodge actually xdela selesa sgt. Facilities yg dorg provide semuanya yang basic2. Toilet pn tak attached skali dlm bilik. So, terpaksalah share toilet dengan orang lain. Time g toilet nanti, korg adelah terserempak ngn mat2 saleh. Auwwwww! hahaha. Kitorg da booked bilik siap2 b4 bertolak ke Sabah. 1bilik 4org, bunk bed la. Tp oklahh. Selesa jgk. Lgpon kite bkn nk dok blik 24hours kn? Blk pn utk tdo je. So rugi la dok hotel mahal2. Klu honeymoon tu lain la cite *ehemmm*. hehehe! Ade certain2 lodge da sediakan room yg BB basis (bed & breakfast). Untung la klu gini. Tapi slalunye breakfast ni self service je.

@ lobby. kt blkg tu tmpt breakfast. self service ye :)
Lepas je check in, kitorg jalan2 kt area Filipino market and tempat2 yg berdekatan. Kt area sini bole la beli macam2 sourvenir. Sampai rambang mata! Pearl xya ckap la. Macam2 jenis tau. Hampir setiap kedai dlm Filipino market ni ade jual pearl. Murah2 plak tu. 1st day ni kitorg survey2 harga je. Jelajah je mcm2 kedai, tanya harga and compare la mn kedai yg jual paling murah. hehe. Area Filipino market ni jgk ade pasar ikan masin. haaa! kt cni mcm2 jenis ikan masin la korg bole beli. Peniaga2 kt sini pon bole tlg packing kan klu korg beli ikan masin banyak2. Senang sket nk bwk balik kn. Makanan pon senang jgk nk dapat kt area ni. 


 Time malam plak kitorg jalan2 kt KK esplanade yg terletak btol2 kt tepi laut. Xbanyak benda bole wt kt cni. Setakat nk tgok view and posing2 ala2 model bole lah. (tp mlm nk tgok ape plak? gelap!) Haa! time kt KK esplanade ni, adelah sembang2 dengan sorang pakcik ni. Die kate, kt KK kene hati2 klu nk kluar malam2. Takutlah kan ade pape jadi contohnya cm kene ragut. Lagi2 kalau semuanya gadis2 ayu macam kitorg ni kua xde bodyguard lgsg. Pas je borak2 ngn pakcik tu, kitorg sumenye extra careful la. Seram gk klu jadi cmtu kn? Penatnye nk cite! byk sgt bende. 


 

                                



Part 1 smpi takat ni dlu la. Nxt part aku akan cite pasal pulau, kinabalu park and macam2 lagi. See ya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...