Thursday 14 April 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI!!

hello bloggers!



Aku nak join lg segmen abg Ben ni. Meh join ramai2. Klik sini ok!



P/S: Sangat busy lately. Sangat sangat hokaayyyy! no time nak hapdate blog. tp join segmen BA i ade masa. hahaha. :)

Friday 8 April 2011

Miss Malaysia Pahang 2010. aaauwwww!

Assalamualaikum Bloggers!


Dan pemenang-pemenangnya ialaahhhh... jeng jeng jeng. Currllllasssst noook!


Pagi ni baru tergerak nak bukak video yang bertajuk Miss Malaysia 2010. Dah lama tengok ramai yang post video tu di fesbuk. I thought video tu disertai oleh gadis-gadis cantik, rupanya BUKAN!! Semuanya NYAH okaaayyy!! Terkejut. Aku ingatkan kat luar negara je yang ada pertandingan cam gini. Rupanya kat Malaysia pun dah ada. Kat Pahang pulak tu. *ke aku yang ketinggalan? yang da outdated sangat2 ni? hihihi* Ok2. Video yang aku tengok ni duration dalam 7 minutes. Waaaa. ramainya contestant. Setiap negeri ada wakil. Sedikit kata-kata yang aku rasa sangat-sangat tak boleh blahhh:

"terima kasih kepada kawan-kawan saya, mak dan ayah saya, adik beradik dan SUAMI TERCINTA *errrrrr* kerana menyokong saya dipertandingan Miss Malaysia 2010." *sangat tak boleh blah hokayyy!*

"dia ada pakej yang menarik. 1st impression masa dia naik ke pentas, mata saya tak berkelip" -ni plak kenyataan dari seorang artis yang terkenal, NORANIZA IDRIS. Yesss! Kak Ani, are u sure u buat persembahan kt event ni? Amaaaiigaaaaadddd!

Yes, yes, yes. Kita kena hormat mereka-mereka ni sebagai manusia juga. Kawan ngan orang macam ni best tau. Happening sgt! Tapi kenapa perlu diadakan pertandingan macam ni? Seolah-olah kita menyokong mereka melawan takdir dengan menukar ciptaan Allah. Kita sepatutnya do something to help them kembali ke jalan yang benarrrrrr. hihi. Tak gitu? Apa nak jadilahh. Speechless actually. Tak tau nak membebel apa. Tergamam! I sentap nooookkk! hehehe. Doakan mereka berubah :)



Thursday 7 April 2011

chef of the day! -jom masak spaghetti



Assalamualaikummmm!! *ayat wajib ni. hihi*

Mode btukarrrrrr!!! hehehe. Hari ni beta nak jadi chef la plak. Aci tak? hehehe. *padahal tak pandai masak pun* Actually, satu menda je yang beta pandai masak. SPAGHETTTIIIIII!!*peberet ni* Ok2. Resepi ni simple sangat. Beta tau ramai yang pandai masak kan? Tapi beta nk share jugak2 resepi ni. Actually resepi ni bff tersayang yang ajar. Dia ni memang pandai memasak tau. Nak bekenalan? sila add fesbuk dia di sini hehehe. Dia masak apa pun sedap je. Since dia ajar, beta memang sukalah ngajor kat orang lain jugak. Sampai ke makcik2 beta pun beta ajar jugak. Yang bestnya, lepas beta ajar, dorang masak lagi sedap dari beta! *grrrrr. nampak sangat beta tak pandai masak kan* Dah2. Kalau nak suruh beta membebel, sampai kesudah lah beta tak tershare2 resepi ni. hehehehe. JOMMM MASUKK DAPURRR!!

ok puan-puan, berikut ialah bahan-bahannya: *disebabkan beta tak reti sangat nak sukat2 brapa byk, so korang pandai2 la nak agak2 eh. voleehh camtu?* 

1 batang kulit kayu manis
bunga cengkih sedikit
bawang besar dalam 2 bijik *dicincang*
bawang merah sikit *dicincang*
bawang putih sikit *dicincang*
Tomato puri dalam 1 tin besar *beta suka pakai tomato puri yang packaging dia kaler putih pastu ada gambo tomato kaler merah ngn chef kt tin. Tak ingat la brand apa.
sos cili *nak pedas buh lebih k*
sos tomato sikit je
daging cincang *biasanya guna ramlee*
hotdog dipotong nipis2 bulat2 comel2
cendawan butang dipotong ikut suka hati
spaghetti *brand apa2 sahaja* 
Oregano sedikit *biasanya beta tak letak oregano ni. Sbb mahal. hihi. Save cost*
cheese *kalau nak. taknak pun takpe* 

Cara-cara:
 *rebus spaghetti dengan sedikit minyak dan garam*

1. Mula-mula tumis bawang besar, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga naik bau and kekuningan
2. Masukkan tomato puri, sos cili dan sos tomato. Biarkan sampai mendidih
3. Kemudian masukkan daging cincang, gaulkan sampai sebati then biarkan sampai mendidih and daging  lembut. Kalau pekat sangat, tambahkan sedikit air.
4. Kemudian masukkan hotdog and cendawan butang.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. *biasanya tak letak garam da sebab tomato puri tu da masin* Masukkan sedikit oregano kalau nak. *tak bubuh pun takpa*
6. Biarkan sehingga daging betul2 lembut.
7. Siap!!




Tips for Interview


Assalamualaikum wahai bloggers skalian!

Malam ni beta nak share sikit tentang tips2 untuk interview. Jom baca. *malas nak bebel panjang2*


PERSIAPAN SEBELUM TEMUDUGA
  • Buat kajian mengenai syarikat,perniagaan dan pekerjaan yang dipohon
  • Mengetahui serba sedikit mengenai perkembangan semasa dalam industri perniagaan
  • Berlatih untuk menjawab dengan jawapan yang sesuai
  • Menyemak kembali“resume”anda
  • Membuat pengesahan tempat,masa dan tarikh temuduga
  • Penampilan diri yang sesuai
  • Yakin dengan diri anda

 TEMUDUGA BERMULA
  • Bermula sebaik sahaja anda masuk kedalam bilik temuduga. 
  • Panel temuduga akan memerhatikan gaya anda bersalaman, berpakaian dan duduk.
  • Memperkenalkan diri anda 

 SEMASA TEMUDUGA, ANDA HARUS...
  • Tiba di tempat temuduga dengan awal
  • Berpakaian Kemas
  • Bersopan dalam komunikasi
  • Pastikan anda menyebut nama panel dengan betul
  • Jawab soalan dengan tenang dan yakin
  • Sentiasa senyum dan kawal pergerakan mata
  • Dengar dengan teliti soalan penemuduga
  • Jawab soalan dengan jawapan yang ringkas, mudah tetapi padat
  • Fokus pada kekuatan/kelebihan anda
  • Bertanya soalan yang berkaitan
  • Berterima kasih pada penemuduga

 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
  • Datang lewat ke tempat temuduga
  • Berpakaian tidak sopan /menjolok mata / selekeh
  • Terlupa membawa ‘resume’dan sijil-sijil 
  • Menjawab dengan jawapan yang meleret
  • Terlampau yakin
  • Bertanya terlalu kerap mengenai isu gaji

 KELEMAHAN YANG PERLU DIELAKKAN
  • Terlalu memilih pekerjaan
  • Mengharapkan tangga gaji permulaan yang tinggi tanpa pengalaman yang mencukupi
  • Tidak memiliki sifat berdaya saing
  • Mudah putus asa

Nota ketot: tetiba jadi skema. heh!

Tuesday 5 April 2011

Mimpi ngeri? No!!

Assalamualaikum Bloggers!
Malam semalam beta bermimpi. Mimpi yang sangat-sangatlah tak best sampaikan beta terus tak boleh tdo nyenyak. Ngeri rasa! Disebabkan beta curious sangat nak tau apa maksud mimpi beta tu, beta pun cuba la google kot2 ada info. Cari punya cari, beta ada jumpa info ni. Tapi malangnya, takda plak tafsiran untuk mimpi beta tu. *sangat frust ok!* Mimpi beta tu ada sikitlah kena mengena dengan nombor. Beta rasa tu nombor ekor la. Jom beli! *yahooooo! makcik kayo!! hahaha. harammsss la wey!!* Takpelah. Meh beta share sikit info yang beta jumpa pasal MIMPI....
 


Tafsir mimpi menurut Islam:  
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi
bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa
merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi
baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang
disebarkan oleh syaitan.

Tiga Jenis Mimpi:
1.  Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini
tidak memerlukan penafsiran.
2.  Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan
oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup
mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan
tidak mempunyai sebarang makna.
3.  Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu
lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran
seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang
tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

MIMPI NGERI:
Jangan khuatir jika anda bermimpi ngeri. Mimpi-mimpi begitu biasanya hanya membesar-besarkan
situasi yang anda sedang alami atau sesuatu kejadian yang akan berlaku. Mimpi ngeri biasanya
mencerminkan sesuatu yang ada kena-mengena dengan situasi di masa lampau/masa kini atau
bakal kejadian yang akan terjadi. Malah oleh kerana anda sudah ditunjukkan adanya
situasi/kejadian yang negatif tersebut dalam mimpi anda maka kesannya tidak akan menjadi begitu
kuat bagi anda. Sudah tentu elemen kejutan itu akan lebih kurang. Jadi janganlah anda risau jika
mimpi ngeri anda itu sangat menakutkan.



Nota ketot: Lepas baca info ni, rasa lega sikit. Harap-harap mimpi beta tu takda maksud apa-apa. Aminnnnn :)

Monday 4 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA!!

Assalamualaikum semua!



Oleh sebab tgok ramai sgt yang join segmen yang brader BEN ASHAARI buat, beta pun rasa mcm tegedik2 nak join. Pada korang-korang sume yang nk join, sila la klik di sini. tak kena bayar pun! :)


dinner oh dinner

assalamualaikum bloggers!!

Lama tak update! beta malas menggunakan jari jemari beta yang cantik ni untuk update blog yang tak seberapa ni. Bukan takat malas je, tapi SANGAT malas hokayyy.

Memandangkan semester ni adalah semester terakhir untuk beta mendiami hutan sintok berkawan dengan monyet-monyet yang sangat comel di sini, kawan-kawan dok ajak pegi dinner. DINNER?? Ada dua benda yang timbul dalam kepala beta. 

1st: Waaaa!! makan-makan. Best!!

2nd: Baju??? amaaiiigaaaaaddddd! beta benci nak cari!

Tapi takpa. Beta gagahkan jugak diri ni untuk cari baju dinner. Btw, temanya masquerade. Dalam kepala beta da tbayang-bayang dress labuh kaler hitam. hehehe. Biasanya masquerade ni mesti kena pakai mask kan? Beta dok fikir, mask apa yang cantik? Kalau pakai mask ala2 spiderman bole? Power rangers kaler pink tu ke. Auuwwww. Confirm kena halau balik kan? hehe.

Cari punya cari punya cari. Last-last beta give up! mencik laaa! dress sume seksi-seksi. Walaupun beta ni adalah makhluk tuhan yang paling seksi *sile muntah* tapi beta tetap pening bile semua dress seksi meksi. Duhh!! gimana ni pakkk??? Ok2. Relakss. Beta fikir nak pakai dgn cardigan. Tapi nak cari cardigan plak satu hal lagi. Argggghhhh! beta sangat tension.

Akibat tahap ketensionan beta da menghampiri tahap tidak selamat, beta dengan ini dengan rasminya mengambil keputusan "TAKNAK PEGI DINNER!!!!"

Kan settle masalah. Tak payah pening-pening da. hahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...