Tuesday, 5 April 2011

Mimpi ngeri? No!!

Assalamualaikum Bloggers!
Malam semalam beta bermimpi. Mimpi yang sangat-sangatlah tak best sampaikan beta terus tak boleh tdo nyenyak. Ngeri rasa! Disebabkan beta curious sangat nak tau apa maksud mimpi beta tu, beta pun cuba la google kot2 ada info. Cari punya cari, beta ada jumpa info ni. Tapi malangnya, takda plak tafsiran untuk mimpi beta tu. *sangat frust ok!* Mimpi beta tu ada sikitlah kena mengena dengan nombor. Beta rasa tu nombor ekor la. Jom beli! *yahooooo! makcik kayo!! hahaha. harammsss la wey!!* Takpelah. Meh beta share sikit info yang beta jumpa pasal MIMPI....
 


Tafsir mimpi menurut Islam:  
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi
bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa
merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi
baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang
disebarkan oleh syaitan.

Tiga Jenis Mimpi:
1.  Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini
tidak memerlukan penafsiran.
2.  Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan
oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup
mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan
tidak mempunyai sebarang makna.
3.  Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu
lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran
seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang
tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

MIMPI NGERI:
Jangan khuatir jika anda bermimpi ngeri. Mimpi-mimpi begitu biasanya hanya membesar-besarkan
situasi yang anda sedang alami atau sesuatu kejadian yang akan berlaku. Mimpi ngeri biasanya
mencerminkan sesuatu yang ada kena-mengena dengan situasi di masa lampau/masa kini atau
bakal kejadian yang akan terjadi. Malah oleh kerana anda sudah ditunjukkan adanya
situasi/kejadian yang negatif tersebut dalam mimpi anda maka kesannya tidak akan menjadi begitu
kuat bagi anda. Sudah tentu elemen kejutan itu akan lebih kurang. Jadi janganlah anda risau jika
mimpi ngeri anda itu sangat menakutkan.



Nota ketot: Lepas baca info ni, rasa lega sikit. Harap-harap mimpi beta tu takda maksud apa-apa. Aminnnnn :)

2 Orang ikut Membebel:

Hanny Quinn said...

Hey, Nice Blog...Feel Free To Visit Mine (^_^) http://hannyquinn.blogspot.com/

ayoi said...

singgah le ke blog ayoi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...