Thursday, 7 April 2011

chef of the day! -jom masak spaghetti



Assalamualaikummmm!! *ayat wajib ni. hihi*

Mode btukarrrrrr!!! hehehe. Hari ni beta nak jadi chef la plak. Aci tak? hehehe. *padahal tak pandai masak pun* Actually, satu menda je yang beta pandai masak. SPAGHETTTIIIIII!!*peberet ni* Ok2. Resepi ni simple sangat. Beta tau ramai yang pandai masak kan? Tapi beta nk share jugak2 resepi ni. Actually resepi ni bff tersayang yang ajar. Dia ni memang pandai memasak tau. Nak bekenalan? sila add fesbuk dia di sini hehehe. Dia masak apa pun sedap je. Since dia ajar, beta memang sukalah ngajor kat orang lain jugak. Sampai ke makcik2 beta pun beta ajar jugak. Yang bestnya, lepas beta ajar, dorang masak lagi sedap dari beta! *grrrrr. nampak sangat beta tak pandai masak kan* Dah2. Kalau nak suruh beta membebel, sampai kesudah lah beta tak tershare2 resepi ni. hehehehe. JOMMM MASUKK DAPURRR!!

ok puan-puan, berikut ialah bahan-bahannya: *disebabkan beta tak reti sangat nak sukat2 brapa byk, so korang pandai2 la nak agak2 eh. voleehh camtu?* 

1 batang kulit kayu manis
bunga cengkih sedikit
bawang besar dalam 2 bijik *dicincang*
bawang merah sikit *dicincang*
bawang putih sikit *dicincang*
Tomato puri dalam 1 tin besar *beta suka pakai tomato puri yang packaging dia kaler putih pastu ada gambo tomato kaler merah ngn chef kt tin. Tak ingat la brand apa.
sos cili *nak pedas buh lebih k*
sos tomato sikit je
daging cincang *biasanya guna ramlee*
hotdog dipotong nipis2 bulat2 comel2
cendawan butang dipotong ikut suka hati
spaghetti *brand apa2 sahaja* 
Oregano sedikit *biasanya beta tak letak oregano ni. Sbb mahal. hihi. Save cost*
cheese *kalau nak. taknak pun takpe* 

Cara-cara:
 *rebus spaghetti dengan sedikit minyak dan garam*

1. Mula-mula tumis bawang besar, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga naik bau and kekuningan
2. Masukkan tomato puri, sos cili dan sos tomato. Biarkan sampai mendidih
3. Kemudian masukkan daging cincang, gaulkan sampai sebati then biarkan sampai mendidih and daging  lembut. Kalau pekat sangat, tambahkan sedikit air.
4. Kemudian masukkan hotdog and cendawan butang.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. *biasanya tak letak garam da sebab tomato puri tu da masin* Masukkan sedikit oregano kalau nak. *tak bubuh pun takpa*
6. Biarkan sehingga daging betul2 lembut.
7. Siap!!




5 Orang ikut Membebel:

nelly said...

rajinnya !!!

Qaseh Qistina said...

uit...memasak lak die ye...bagus2..nnt meh nk rase sket..

sue mohd said...

@nelly: rajin masak kt blog je. ehehehe.

@qaseh: tak nampak ke da siap tu. cube rasa. sedap x? hahaha.

Qaseh Qistina said...

cmne nk rase..dh x bagi...nk sket2!

sue mohd said...

@qaseh: nak bagi camno klu masak kt alam maya je? ngeh ngeh. nt masak btol2 i anto kt bilik eh :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...