Friday 18 March 2011

Sabah Trip - Part 4

Assalamualaikummmm cemua! :)


Adehhh. Da berapa hari tak membebel kt cni. Maklumlah org yg busy body memang camni kan. hehehe. Sementara ada masa ni, aku amek peluang untuk sambung crita trip ke sabah untuk part 4. waaa! da part 4 gitu. Pada korang2 yang tak baca lagi part 1, part 2 and part 3 sila lah merajinkan diri korang untuk baca jugak2 entry tu. *paksa!* hehehe.

Ok, disebabkan hari yang ke empat kitorang semua da berduka cita dengan kejadian yang menyedihkan (korang tau apa kan? haaa! tak tau? Tu lah org suruh baca part-part sebelum ni. Barulah tau cerita. Ngeehh* kitorang terpaksa buang masa sparuh hari uruskan kes tu kat balai polis. Buat report la, pastu tunggu polis mai bilik amek2 gambar la. *malu i tau! bilik bsepah* pastu kene tunggu plak untuk rakamkan keterangan pada sebelah malam. Leceh tau. So, korang-korang yang nak travel pasni janganlah jadi cam kitorang. Korang kene extra careful. Lepas berurusan dengan pihak polis, kitorang kene kemas balik smua barang and pindah bilik yang lagi atas. hehehe. Takut nanti kejadian yang sama berulang balik *sejarah mungkin berulangggg - nyanyi ala2 tomok versi sengau* hahaha.

Bila semua da setel, walaupun dalam kesedihan yang teramat sangat *sob sob*, jalan tetap jalan babe. hehehe. Kitorang pegi melawat Monsopiad Cultural Village. Ok, bayaran masuk cultural village ni RM40 seorang. Tapi disebabkan kitorang ni student, dapatlah sorang RM20. Jangan jeles! heheh. Kat Monsopiad Cultural Village ni, ada macam2 benda korang boleh tengok. Actually menurut kata pekerja kat sana, Monsopiad ni merupakan pahlawan. Tak ingat plak pahlawan suku kaum apa. Kat sana nanti mereka akan ceritakan sejarah Monsopiad ni.

Selain tu, korang boleh tengok cultural perfomance and merasai sendiri permainan tradisi kaum kt sabah ni. Nak try sumpit? haaaa, korang boleh try kat sini. Pastu kat sini jugak ada house of skulls. Kat rumah ni dorang letak tengkorak kepala manusia. Ni betul2 bukan cobaan. hehe. Aduuuhh. kalau nak crita smua benda, sampai bsok pn tak habis. Kita layan gambar dulu la k :D

Monsopiad Cultural Village ;)


House of Skulls
Alat ni kalau tak silap digunakan oleh orang dulu-dulu untuk mengasingkan beras dari sekamnya. err. sekam ke? ke panggil kulit? bedal laa. janji korang paham. hihi


Ni time cultural show. Cuba try test sumpit. hihi 

tatau la main apa namanya ni. tapi yang guna buluh tu. korang msti familiar ngn menda ni :D

posing & posing lg. :)

Orang yang hebat je bole main ni. Susah!

Jambatan gantung yang ada di Monsopiad

sume dok tayang rantai free! hehe.

Abes je bjalan kat Monsopiad ni, kitorang pn pegi dinner and jalan2 kt 1 Borneo. The largest shopping complex kt KK ni kalau tak silap. Besoknya, kitorang abeskan masa dengan shopping!! Petang trus fly pegi Tawau plak. Cite kt twu kita smbg nxt part la k. Penat!!


0 Orang ikut Membebel:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...