Saturday 12 March 2011

Sabah Trip - Part 3


Assalamualaikum semua :)

Arini ari yang paling malas nk membebel kt blog ni. Rasa macam nak buat kuak lentang kat atas katil je. hehehe. Tapi at the same time terasa macam nak sambung pulak cerita pasal trip ke Sabah yang tak habis-habis lagi sampai sekarang. Sebelum ni da cerita pasal accommodation di sini dan cerita pasal pulau di sini. So beta nak sambung story pasal Kinabalu Park, Poring Hot Spring & Sabah Tea Garden. Sedikit info untuk ke sana:


  • Mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sana dari Kota Kinabalu
  • Kalau sewa kereta anda memerlukan driver yang mahir kerana jalan ke sana agak bahaya. Jatuh gaung sapa susah? hehe
  • Kinabalu Park terletak di Kundasang, Poring Hot Spring & Sabah Tea Garden terletak di Ranau.
  • Sepanjang perjalanan ke sana, pemandangan tersangatlah cantik. So, incik driver jangan sampai terleka sudahlah. Kang tak pasal-pasal kuar paper front page plak. kn? mintak dijauhkan :)
  • Jarak antara tempat-tempat ni takda lah jauh sangat. Tapi kalau taknak kelam kabut & takut tak ckup masa, kene lah bertolak awal ye ibuk ibuk bapak bapak ;p



Malas nak membebel banyak-banyak. So korang layankan jelah gambar-gambar kat bawah ni k!


TADAAA! Ni lah tour guide tak bertauliah kitorg :)

On the way ke Kinabalu Park. Singgah jap posing2

Ini pun :) Nampak camera yang ditunjukkan oleh anak panah kaler merah tu? Ada story psl camera tu nanti!

Sudah sampai. Masa untuk mendaki. *tipu* Entrance fee kt Kinabalu Park ni kalau tak silap RM3 je.

       
               Time ni kurang bernasib baik sbb xdpt tengok puncak Gunung Kinabalu. Sedih! :( takpelah. Kita posing dlu!


Masa turun dari Kinabalu Park, tibe2 nampak puncak. Waahhh!  hepy balik :)


                                                    
                                                                 Meh kita zoom sket. Cantik kn?

                   
                         Poring Hot Spring. Ta sempat nk amek gambar hot spring sbb smua da kepenatan

Sabah Tea Garden. Da tutup time ni. Pukul 5 petang. So, we all jalan2 skejap je amek2 gambar :)

Ni we all masuk tanpa kebenaran. Sapa suruh tak tutup kn. hehe.

Ni lah viva yang we all sewa. RM90 sehari :)

Da petang. Time ni on the way balik KK. Gmbr ni amek kt Pekan Nabalu. Kat sini pun bole tgok puncak gunung. Besides, kat Pekan Nabalu ni jugak, korg boleh beli mcm2 jenis sayur & buah-buahan segar tau.


Time ni nmpk kabus tebal sngat. Jakun lah skjp kn. Kami pn berkata pada pemandu "STOOOPPP!". Nak posing dlu. hehehhe.

Oklah. Agak2 dalam pukul 8pm kitorang sampai kat KK. Sampai sana Kami terus pegi dinner before balik lodge. Nak dijadikan cerita, smua balik terus pengsan sebab penat sangat. Subuh dalam pukul 5am gitu, tiba2 seorang member, fifi (bukan nama sebenar) kejut aku. Dialog seperti di bawah:

Fifi: Kak Sue, kita kena rompak! (ngan muka blur2nya)

Aku: Ish. Fie mimpi ni. (aku lyn gitu2 je. ngantuk lahh!! aku bajet dia ngigau. hehe)

Fifi: Betul la kak.

Ieka: Eh, duit aku takde lah. (tiba2 nyampuk)

Aku: Eh, biar betul ni? (terus terduduk atas katil. Cam kena kejutan elektrik)

Check punya check, rupa2nya betul ada pencuri masuk dalam bilik kitorang. Huwaaaa! banyak gila barang hilang. Duit, camera (yang ada dlm gmbr kt atas2 tu), & hp. Kerugian dianggarkan lbih pada RM2K. Pelik jugak, macam mana pencuri boleh masuk. Rupa2nya, malam tu seorang member bukak tingkap. Konon2 nk bagi angin masuk. Pastu terus telupa nak tutup balik before tido. Aku plak malam tu balik agak lewat dari member2 yang lain sebab antar si comel Maysarah balik rumah dulu. So, aku tak perasan plak tingkap bukak. Sebab selalunya aku ingatkan dorang suruh tutup tingkap. Adehhhh. Hilang mood nk holiday tau. 

Si comel Maysarah yang aku hantar blk rumah. Dia nk ikut pegi dinner jugak. hehehe.

Bilik kitorang terletak kat tingkat 2 bangunan ni.

Tapak kaki c pencuri. Senang je kan dia naik atas. Spenderman kot. haha.

P/S: Moral of the story: Hati-hatilah selalu. Anda mampu mengubahnya. hehe. Lagi satu, before travel ke mana-mana, sila beli travel insurance. Bukan mahal pun. At least bila ada insurance ni, kita bole claim balik barang-barang yang hilang tu.

Oppss! Terbebel banyak plak. Tadi kata tanak bebel banyak2. hihihihi. Nasib la. Nama pun TERRRRRR. Tak sengaja okay! ;p

6 Orang ikut Membebel:

cikcleopatra said...

sob3x..sedih!!

sue mohd said...

kaaannnn?? sedih!

Anonymous said...

best nyer pegi sabah =)

sue mohd said...

@emiko: mmg sgt best! hehe.

lunia said...

lepas ni de part 4 x...

sue mohd said...

@lunia, ade smpi part 5 kot. hehehe. nt aku smbung lg k.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...